Tukar New Page, Home , Old Page

Monday, January 30,12:43 | 6 notes



hello peeps...hehehe..comel tak kucing eyra ?
ok dah..
kat sini eyra cuma nk kongsikan button back,home,new
macam yg eyra pakai sekarang..
tapi eyra bgtahu jugak mcm mne nk tuka

1. Dashboard > Design > Page Element > Edit HTML
2. Klik serentak CTRL+F dan search :

Button New :

<data:newerPageTitle/>

Buang dan gantikan dengan code :
<img src="URL NEW PAGE"/>

Button Home :

<data:homeMsg/>

Buang dan gantikan dengan code :
<img src="URL HOME"/>

Button Older :

<data:olderPageTitle/>

Buang dan gantikan dengan :
<img src="URL OLDER PAGE"/>

bagi yg warna purple tuh..boleh gantikan dengan image yg eyra bagi.pilih laa ye.. *right click > copy image url



Punca Utama Terjadinya "Putus"

Friday, January 27,22:40 | 1 notes

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Hey Ladies !!! Sekarang Cinta Guna Otak

Wednesday, January 25,15:44 | 3 notes




woot woot...
ape kecoh kecoh nie? okay,kite nak cerite tentang perempuan...
eyh,not perempuan..but wanita okayh !!
*nampak cam ayu sikit kan?
ramai jugak kan gadis kat luar tuh frust tahap berguling-guling sebab kan boypren buat hal?
*aku tak terkecuali..hehehe..

aku dah terkene leh macam tuh..first time terase menonggeng..
lame-lame dah stedy jee...
stabil and boleh ketawe berdekah-dekah.. *maximum ketawe

meyh aku nak nasihat kan...

  • percaya hundred percent
time bercinte nie..jangan percaya sangat hundred percent dia jodoh awok..
sebab bercinte awal remaja nie 50/50 lee nak kekal..
berwaspada bercinte okayh..?

  • jaga kehormatan diri awok !!
haaa...nie satu hal....aku pelik lah minah renggeng zaman sekarang..senang-senang je bagi atas,bawah,tengah kat lelaki.. *ops...maaf,aku cuma nk nasihatkan jee..
kau yakin ke laki kau tuh nak buat kau bini? dah cnfirm..?
aku nk cite sikit la..ary nie kau beronok2 kan? esok lusa bile laki tuh dah tinggalkan kau,baru terase melayang pergi maruah kau..kalau jenis tak berdendam its ok lah...rahsia kau slamat..mcm mne plak dpt yg mulot puake nieh?
satu kampung cerite kau dah kene pegang..maluu mak.... !! 
sekarang kau tak rase.
*darah mude le kate kan..
tapi nak kahwin nnti baru terase...
even kau jenis sosial pun,jgn bg senang2 orang pegang harta awak...k?lebih sedap orang cakap "nampak je cenggitu,tapi susah nk dpt broo"  daripada org cakap "nampak je cenggitu,senang gile babi lah nk dapat broook"

  • pasang spare part !!
hahahhaa...wah,ade tak gune care nie? aku tak guna lagi sebab setia..orang cakap better pasang tayar spare kan?
tah laa...aku tak mahir lah bab nie...sebab aku dh kenal lme nizrul mcm mne...tp kalau xde jodoh,nk wt cm ne kn?jodoh bukan boleh main pakse2... *tak mo comment lebih-lebih..nnti dia salah sangke pulok haa..

  • kenal pasti latar belakang kiri kanan boypren..
untuk ape lak nie? jadi FBI plak....huhuhu...bukan lah...orang cakap nk berwaspada....kalau lah lelaki tuh ade pengalaman bercouple seramai 100 org dalam sehari....kau jangan percaya sangat k? kalau dia ckp nk berubah pun..tetap jgn percaya sangat laa...tahu sebab kenapa ? manusia nie,bukan senang nak berubah terus...dia memakan mase jugak...faham? ok..bgus lee..contoh terdekat : aku =.=" *totally dah berubah dan memakan mase 4 bulan..haha.

  • jangan pilih lelaki hensem !!
amboi,macam tuh pulak haa...kalau setia,bagus la jugak..tapi kalau jenis tak setia? memang parah le..
lelaki ensem nie ramai peminat..silap ary bulan dia jumpa lagi perfect dari kau...no comment..teet.. !
*tapi tak bermakne laki ensem tak bole pakai leee...

  • jangan cari BOY,tapi cari lah LELAKI...
ape beza nie? bg aku,boy tuu untuk budak2..lelaki tuh ke arah yg lebih matang...so,cari lah fikiran yg lebih matang ye...kalau fikiran macam budak-budak nie..susa nk cakap lah...tapi pandai-pandai la nilaikan..hehehe


p/s : itu sahaja..lain manusia,lain perangai.... 
*ayat same kau bg kan? yg penting, HATI ...hehehe...sekian :)

Gambar Diana Danielle Dengan Pengkid Dia atas Katil

,10:59 | notes


amboi...nah,bace statement nie plak





p/s : tu lah manusia sekarang !! suka tabur fitnah kan? nak nak kalau becerite bab artis nie..semata-mata nak hotkan cerita,terpakse sebar mcm-mcm cerita...kalau betul,ok lg,tapi kalau tak betol? dunia-dunia...tah ape nak jadi aku pun tak tahu...cuba turn kau lak? baru kau tahu langit tinggi ke rendah

sumber daripada : information

Kisah Rumah RM50 di Seksyen 2 Shah Alam

Tuesday, January 24,20:02 | notes
kisah nie berlaku mase tahun 2002..entah betul atau tidak?
aku pun tak tahu...
sekadar berkongsi cerite je..hehehe
jom bace


9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]

Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...

Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.
Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk.
Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...

Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.
Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.

Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.
Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.
Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?
Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......



Aku demam 3 hari.
Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.
Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..

p/s : sedih pun ade kan? haih..mak aku cakap,kalau kite menumpang jangan lah sentuh pape pun...takut la perkara tak elok terjadi....

sumber di petik dari : facebook

apabila tubuh tidak diterima oleh bumi !!

,14:22 | notes

aku tertarik dengan entry nie..
sekadar berkongsi ilmu,tak salahkan?
...allah tuh adil..nie lah buktinya.. :


Kenal pada Kemal Artartuk?,mayatnya tidak diterima bumi.Sedikit kisahnya,



Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan sifat fasik Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya:

  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  •  Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara.
  • Menggalakkan minum arak
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Agama Islam di buang sebagai agama rasmi negara.
  • Menutup masjid serta melarang sembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukar huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa, seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”. Kerana takut askar menjawab, “Kamal Atatuk adalah tuhan,” lantas Atatuk tersenyum.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit sehingga dia tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya penyakit kulit hingga ke kaki di mana dia mengalami gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tidak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya pula diarahkan meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya. Pada 26 September 1938, Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan. 9.11.1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Mayat Ataturk diawet sembilan hari sembilan malam, sehingga adik datang meminta ulama-ulama Turki menguruskan jenazah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan.

Apabila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas itu, mayatnya hendak ditanam semula namun bumi tetap tidak menerimanya. Akhirnya, mayat Ataturk diletakkan dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit lalu ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar berkenaan.

kisah dua :


Masih ingat lagi pada pemimpin kejam israel?Ariel Sharon?Kalau Ariel peterpan famous dengan video lucah dia yang kejadah tu,Ariel sharon adalah manusia yang paling kejam sekali dalam dunia ni,dia membunuh ramai manusia yang tak berdosa,rakyat palestin yang tak berdosa,Sebelum jadi perdana menteri,dia pernah terlibat dalam pembunuhan dan penyembelihan di sabra dan shatila pada tahun 1982.Kejam kan?Apa lagi kekejaman yang dia dah buat?Dia pernah tembak 2orang kanak-kanak palestin dari jarak 10 meter je.Hapa punya haiwan la dia ni.Antara kata-kata si Ariel Sharon pemimpin israel ini adalah


"Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982).
"Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).
“Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).Betapa kejamnya dia ni kan?Sedangkan Hanjing pon tau sayang hanjing yang lain.So aku tak layak nak gelarkan dia binatang kan,sebab binatang pon sayangkan anak,so apa gelaran yang patut diberikan pada dia ni eh?


Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha adil,maka hukuman cash telah diberi pada Ariel Sharon,dia sekarang ni tengah jadi mayat hidup dekat hospital.Masuk tahun 2012 ni,dah 5 tahun dia koma.Sebelum dia koma,setiausaha peribadai Ariel Sharon mendedahkan segala mimpi yang dialami si Ariel sharon,Setiausaha peribadi dia kata Ariel Sharon kerap dapat mimpi yang sama iaitu Ariel sharon ditangkap oleh penduduk GAZA sebab dendam dengan tindakannya yang menyerang Palestin,dan dalam mimpi tu jugak,Ariel diikat dirantai kaki tangan dan diarak sekeliling GAZA dan di humban dalam api.Ariel Sharon mimpi perkara yang sama sehinggalah dia jatuh koma pada tahun 2006.




Tahun ni umur si bedebah ni 83 tahun dan masih koma sehingga hari ini,Allah s.w.t telah meletakkan dia dalam keadaan separuh hidup separuh mati,Orang kata kalau koma,kita tahu apa jadi sekeliling kita,cuma kita tak boleh nak beriaksi.Seksa kan?Ariel Sharon dirawat di Hospital Hadassah di Jerusalem,kemudian di Tel Hashomer.Ariel Sharon mengalami luka yang sangat teruk dan luka dia membusuk,badan dia bau macam mayat.Ariel Sharon terpaksa memasuki bilik pembedahan untuk sambung bahagian ususnya yang telah rosak dan merebak ke bahagian lain.




Doktor yang merawat Ariel Sharon,Solomo segev(aku syak dia ni yahudi jugak,nama dah macam solomon temple je.).Ariel sharon akan koma sampai umur dia mencecah 90 tahun,berat terkini Ariel Sharon adalah 15 kg dan dia akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm dengan segala alatan perubatan dia.Penderitaan yang dialami Ariel Sharon tak mampu membayar segala kekejaman dan kesakitan yang dia dah buat pada palestin!
Macam muka pelawakla.heheh

Dan sekarang Anak dia pulak yang mewarisi segala perangai shaiton bapak dia,iaitu Gilad Sharon,yang mengatakan orang arab semuanya patut dibakar.Kau yang patut dibakar Gilad oi!!Dah kiamat nanti,tak ada satu benda ciptaan Allah yang akan melindungi orang yahudi,kecuali pokok yahudi!!


Ptuihhhh Gilad Sharon dan bapak dia Ariel Sharon.




Bilakah kita akan pergi?cukupkah amalan kita?Apakah cara kita mati?Apa balasan yang kita akan terima?Apa balasan pada ayah kita atas perbuatan kita?Adakah jasad kita akan diterima bumi?Masyallah.Jom sama-sama kita berubah kawan-kawan.Setidaknya secara perlahan.Hidayah tidak datang sendiri,tapi dicari!Ambil iktibar pada apa yang telah jadi di sekeliling kita.takkan dah jadi pada kita baru kita nak beringat kan?

sumber di petik daripada : dya mohamad

Konsep 1 Malaysia

,14:06 | notes





1Malaysia atau ‘Satu Malaysia‘ adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui ’1Malaysia’. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.


SLOGAN 1MALAYSIA
SLOGAN “SATU MALAYSIA” PADA TAHUN 2009 ADALAH “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN“. SLOGAN PADA TAHUN 2010 PULA IALAH “1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI“, SLOGAN-SLOGAN TERSEBUT JUGA ADALAH TEMA SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-52 DAN KE-53. MANAKALA PADA TAHUN 2011 PULA, TEMA “TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA” DIPILIH BAGI MEWARNAI HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-54.


LOGO 1MALAYSIA
LOGO 1MALAYSIA TERBENTUK DARI NOMBOR SATU DAN BERLATARBELAKANGKAN BENDERA MALAYSIA. LOGO TERSEBUT MELAMBANGKAN VISI NEGARA IAITU UNTUK MEWUJUDKAN SATU MASYARAKAT YANG BERPADU DAN MEMPUNYAI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA BERPANDUKAN PERLEMBAGAAN NEGARA DAN RUKUN NEGARA.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

p/s : tapi masih ramai kah rakyat malaysia tahu tentang konsep ini? hmm...renung-renungkan..

sumber di petik dari : sis fyna

Background kotak

,13:51 | 1 notes


cute background !!
right click untuk copy image...bukan page sourch ye??
*budi bhasa budaya kita*










Tentang Kami Berdua

Monday, January 23,22:47 | notes




huhuhu...beginikah rasanya nanti ?
ape yg rase nye eyra...
hmm..cm nieh....
dia sekarang kerja..pukul 11.00 mlm baru abiz..
tapi walaupun dia bz,kadang-kadang dia tak lekang nak contact..
awal-awal lg dah rase dugaan cm nie..
ye lah..dulu sekolah,tak la rase suasana mcm nie..
bile masing-masing dah meningkat remaja...baru lah rase dugaan bertimpa-timpa..
ade yang tanye eyra..mcm mane nak kekal walaupun jauh !!
jauh ? em..melake-KL tak lah jauh mane...
tapi nk jumpa tuh,memang susah laa..
hehehe..part nieh tanye si nizrul..
actually,kami jaga hubungan nie sebaik mungkin..
tiada istilah bosan bagi kami..
memang kadang-kadang dia ade buat hal..eyra pun ade jugak buat hal..
tapi,kami selesaikan cara baik..
bagi eyra,semua tuh yg penting hati..
misal kate lah dia layan perempuan tuh,perempuan nie..tapi kalau hati masih pada yg satu,dia tetap kembali pada yang satu tuh.. ^_^
mak eyra selalu nasihatkan mcm tuh..dia lg lah...ayh eyra kat terengganu,ibu eyra kat melake..last2,duwg bahagia jugak..
lagi satu,saling percaya...insyaallah menjadi..
tapi janganlah ambil kesempatan atas kepercayaan tuh..
saling memahami pun patut ade juga..
contoh mcm..eyra laa..faham dia kerja,bz..
tapi kalau eyra tak faham,mengadu sikit sikit jarang meseg lah,telefon lah..haih...confirm serabut kepale nizrul..
hehehehe. *pengalaman mematangkan kite :)
tiada rahsia antara kite berdua..
ececeh..jiwang berkarat pulak kau !! hehhe..
memang betul..dulu-dulu,eyra selalu wat dia tertanya-tanya..
dia pun same..boleh bawak gaduh tau? ye lah..
nanti dia mesti cakap "ape gune saya pakwe awak,kalau tak berkongsi masalah"
so,sejak tuh..eyra fikir,jangan ade rahsia..kalau dia tanye,jujur je..
eyra suke tanye dia "ade usha awek lawa tak tadi"
jawapan dia bagi "niat saya nk bekerja,cari rezeki.."
huhuhu

itu je rahsia kami berdua...
dan paling penting...
SETIA...
kalau tak setia,mcm mne lah hubungan tuh nk mnjadi.. ^_^

Tukar Button Dashboard dan Follow

,21:02 | notes


eyra pernah buat tuto nie..tapi dah terdelete...
huhuhu
nie care senang untuk tukar button dashboard kowg !!
mule-mule :

1. Dashboard > Design > Page Element >
2. Copy kod :

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-feYAFwQF-GM/TtOSBVXcMmI/AAAAAAAAHvk/GH1PZPVvU7c/follow.png" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://4.bp.blogspot.com/-N61PPu_1haE/TtOSBZgZikI/AAAAAAAAHvc/vIEC_dYpIVo/dashboard.png" /></a></div>

3. yg warne biru tuh...tukar lah ID blog kowg..tak tahu cara nak cari ? klik [ SINI ]
4. warne merah tuh...kowg boleh gantikan image background yg ade...tak tahu mne nak dapatkan? klik je [SINI]

Customize Music You Tube Player II

,19:24 | notes



nie care ke dua cara nak customize you tube player..
cara nie eyra cuma tambahkan code :

rel=0&amp;color1=0xffccff&amp;color2=0xffccff 

jom ikut step..
1. Dashboard > Design > Page Element > Add Gadjet > Add HTML
2. Copy kod bawah nie :

<object width="250" height="25"><param name="movie" value=" http://www.youtube.com/v/E8yQvqSlP0I? fs=1&amp;autoplay=1&amp;loop=1&amp;rel=0&amp;color1=0xffccff&amp;color2=0xffccff;hl=en_US&amp;rel=0" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed src=" http://www.youtube.com/v/E8yQvqSlP0I?fs=1&amp;autoplay=1&amp;loop=1&amp;rel=0&amp;color1=0xffccff&amp;color2=0xffccff;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="250" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>


3. yg warne merah tu..boleh la tukar pape colour yg kowg suke..klik je di [ SINI ]

4. yg warne biru tuh..tukar je URL you tube yg kowg nak..ikot step bawah nie :



1. kowg klik SHARE
2. klik EMBED
3. klik  USE EMBED CODE
4. Copy Kod yg di tunjukkan dalam gambar di atas dan paste kan pada NOTE PAD atau pun pape je applikasi yg ade word


5. kemudian,lepas paste kan pada note pad atau etc...kowg cuma copy URL sahaje seperti yg di highlight dalam gambar di atas...

6. gantikan URL tersebut dgn url yg bewarna biru

7. siap :)

Tukar Warna Butang Music Player You Tube

Saturday, January 21,01:20 | 2 notes







sebelom nie korang just tahu cara buat music player dari you tube hanya warna hitam kan?
so,sini eyra nk ajar mcm mne nk tukar warne butang you tube tuh mcm eyra punya.. !!
tutorial nie di request oleh sis shaa


1. Dashboard > Design > Page Element > Add Gadjet > Add HTML
2. Copy kod bawah nie : (CTRL+C serentak yup)
<center><object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/E8yQvqSlP0I?fs&amp;autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=FF9999&amp;color2=FF9999" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed src="http://www.youtube.com/v/E8yQvqSlP0I?fs&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=FF9999&amp;color2=FF9999" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="28" height="25"></embed></object></center>


3. Warna BIRU tuh boleh je tukar pape colour yg kowg nk..klik je di [ SINI ] .. bagi warne merah tuh kan...kalau kowg nk tukar lagu...bukak lagu kat you tube..then copy kod mcm yg di hightlightkan dalam gambar bawah nie..kemudian gantikan dengan tulisan warne merah tuh...senang tak :D


kalau still tak tahu nak copy yg mana.ikot step panjang kat bawah nie :



1. kowg klik SHARE
2. klik EMBED
3. klik  USE EMBED CODE
4. Copy Kod yg di tunjukkan dalam gambar di atas dan paste kan pada NOTE PAD atau pun pape je applikasi yg ade word


5. kemudian,lepas paste kan pada note pad atau etc...kowg cuma copy URL sahaje seperti yg di highlight dalam gambar di atas...

6. gantikan URL tersebut dgn url yg bewarna merah :

<center><object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/E8yQvqSlP0I?fs&amp;autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=FF9999&amp;color2=FF9999" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed src="http://www.youtube.com/v/E8yQvqSlP0I?fs&autoplay=1&amp;hl=en_US&amp;color1=FF9999&amp;color2=FF9999" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="28" height="25"></embed></object></center>
 7. Siap :)

Hanya bermula dengan ini

Thursday, January 19,01:25 | notes









orang kata,kesabaran dalam kehidupan membuahkan kebahagiaan?
eyra berpegang pada kata tuh...

Little Cat !!

Wednesday, January 18,16:35 | 4 notes