Hari Pertama Eyra Pergi Interview

Tuesday, September 11,16:21 | 2 notes
"KRINNNGGGGGG" tepat pukul 6.30 am...aku terus melangkah masuk bilik air...setelah selesai mandi dan solat subuh,aku melangkah ke dapur untuk sarapan pagi...hari nie,aku mengenakan baju kurung oren,tudung oren dan kasut berwarna hitam 28.Ogos.2012 adalah hari pertama aku pergi temuduga kerja.. segala maklumat,resume,surat menyurat telah pun siap..alhamdulillah,segala urusan aku di permudahkan...

7.50am..smpai juga Bagunan Jaya 99 yang bertempat di Jalan Tun Sri Lanang...sewaktu melangkah,perasaan takut dan gementar pula yang muncul..terus kepala otak aku fikir "mereka manusia biasa" .. ketika mendaftar,aku dapat rakan baru..mereka semua sporting dan peramah..ade juga yang kenal aku sebab satu negeri melaka...hehehe

Aku cek number giliran..number 8..arghh..ingat number terakhir..tapi tak ape lah..lagi cepat habis,lagi bagus..dalam kepala otak aku dh terbayang..entah entah yang penemuduga nie adalah seorang lelaki yang kacak dan macho macam cerita dalam novel..atau dia juga seorang yang sporting,atau mungkin sombong... hmm...itu je yang mampu aku fikir bagi mengelakkan perasaan takut datang kembali..haha..bukan nk menggatal..

Giliran aku masuk bilik...sangkaan aku meleset..penemuduga tuh bukanlah seperti apa yang disangkakan..bezanya,dia dah berumur dan pasti sudah berkahwin.haha..kesian kat aku..soalan pertama yang dia ajukan ialah tentang keluarga..aku pun lantanglah bercerita latarbelakang keluarga..dari zaman nenek moyang sampai sekarang (aku tipu nie,jangan percaya....sebenarnya aku cuma cerita yg penting je)

Soalan ke dua ialah tentang mahkamah dan soalan terakhir ialah nama hakim..ketua hakim aku still dapat jawab..bila dia tanya nama lain,aku jadi terdiam dan terus jawab "sebenarnya kat luar dah banyak jawapan saya ingat td,smpai sini terlalu excited,terus lupa segalanya" .. terus penemuduga tuh gelak dengan jawapan aku yang secara tak sengaja.. actually,diorang nie tak lah series mana pun..boleh main gelak-gelak dengan aku...

Fuh..akhirnya tamat juga sesi temuduga aku..aku terus melangkah keluar dan tersenyum..mereka mesti heran kenapa aku tersenyum..haha..


p/s : ada rezeki,ada la..kalau tk ada..at least eyra mencuba..hehehe...

2 ringankan tangan untuk menaip:

Cik Puan Izan❤ said...

good luck eyra..semoga ada rezeki kamu :)

Unknown said...

@Cik Puan Izan✿ terima kasih awk...amin...mudah-mudahan macam tu lah :))