Dah hampir 6 bulan hidup nie sunyi , tanpa Dia yang dulu sentiasa ada di sisi.. Sebelum nie,boleh lah bermanja-manja sikit...sekarang ? Dia tk ada ..dia pergi tinggalkan aku sorang-sorang , tiada teman untuk meluahkan masalah, tempat meluahkan kesedihan dan kepiluan..
Benar, hati aku sungguh berat untuk membenarkan dia pergi meninggalkan aku .. Bagi aku, dialah segalanya , dia lebih memahami aku, malah dia juga sentiasa memberi sokongan terhadap aku ketika aku mengeluh kegagalan .. dan dia sentiasa memberikan senyuman terhadap aku ketika aku bersedih menghadapi kepiluan.. Tapi kini,semuanya tiada..
Ya allah , sampaikanlah salam rinduku buat si Dia sehingga aku menjadi kerinduannya... Kau peliharalah hubungan ini daripada zina.. Andai benar dia adalah jodoh ku , maka kau permudahkanlah.. Tetapi sekiranya tidak , maka kau kuatkanlah hati kami berdua untuk menjalani hari-hari yang mendatang :')
0 ringankan tangan untuk menaip: