apabila tubuh tidak diterima oleh bumi !!

Tuesday, January 24,14:22 | notes

aku tertarik dengan entry nie..
sekadar berkongsi ilmu,tak salahkan?
...allah tuh adil..nie lah buktinya.. :


Kenal pada Kemal Artartuk?,mayatnya tidak diterima bumi.Sedikit kisahnya,



Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan sifat fasik Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya:

  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  •  Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara.
  • Menggalakkan minum arak
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Agama Islam di buang sebagai agama rasmi negara.
  • Menutup masjid serta melarang sembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukar huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa, seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”. Kerana takut askar menjawab, “Kamal Atatuk adalah tuhan,” lantas Atatuk tersenyum.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit sehingga dia tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya penyakit kulit hingga ke kaki di mana dia mengalami gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tidak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya pula diarahkan meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya. Pada 26 September 1938, Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan. 9.11.1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Mayat Ataturk diawet sembilan hari sembilan malam, sehingga adik datang meminta ulama-ulama Turki menguruskan jenazah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan.

Apabila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas itu, mayatnya hendak ditanam semula namun bumi tetap tidak menerimanya. Akhirnya, mayat Ataturk diletakkan dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit lalu ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar berkenaan.

kisah dua :


Masih ingat lagi pada pemimpin kejam israel?Ariel Sharon?Kalau Ariel peterpan famous dengan video lucah dia yang kejadah tu,Ariel sharon adalah manusia yang paling kejam sekali dalam dunia ni,dia membunuh ramai manusia yang tak berdosa,rakyat palestin yang tak berdosa,Sebelum jadi perdana menteri,dia pernah terlibat dalam pembunuhan dan penyembelihan di sabra dan shatila pada tahun 1982.Kejam kan?Apa lagi kekejaman yang dia dah buat?Dia pernah tembak 2orang kanak-kanak palestin dari jarak 10 meter je.Hapa punya haiwan la dia ni.Antara kata-kata si Ariel Sharon pemimpin israel ini adalah


"Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982).
"Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).
“Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).Betapa kejamnya dia ni kan?Sedangkan Hanjing pon tau sayang hanjing yang lain.So aku tak layak nak gelarkan dia binatang kan,sebab binatang pon sayangkan anak,so apa gelaran yang patut diberikan pada dia ni eh?


Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha adil,maka hukuman cash telah diberi pada Ariel Sharon,dia sekarang ni tengah jadi mayat hidup dekat hospital.Masuk tahun 2012 ni,dah 5 tahun dia koma.Sebelum dia koma,setiausaha peribadai Ariel Sharon mendedahkan segala mimpi yang dialami si Ariel sharon,Setiausaha peribadi dia kata Ariel Sharon kerap dapat mimpi yang sama iaitu Ariel sharon ditangkap oleh penduduk GAZA sebab dendam dengan tindakannya yang menyerang Palestin,dan dalam mimpi tu jugak,Ariel diikat dirantai kaki tangan dan diarak sekeliling GAZA dan di humban dalam api.Ariel Sharon mimpi perkara yang sama sehinggalah dia jatuh koma pada tahun 2006.




Tahun ni umur si bedebah ni 83 tahun dan masih koma sehingga hari ini,Allah s.w.t telah meletakkan dia dalam keadaan separuh hidup separuh mati,Orang kata kalau koma,kita tahu apa jadi sekeliling kita,cuma kita tak boleh nak beriaksi.Seksa kan?Ariel Sharon dirawat di Hospital Hadassah di Jerusalem,kemudian di Tel Hashomer.Ariel Sharon mengalami luka yang sangat teruk dan luka dia membusuk,badan dia bau macam mayat.Ariel Sharon terpaksa memasuki bilik pembedahan untuk sambung bahagian ususnya yang telah rosak dan merebak ke bahagian lain.




Doktor yang merawat Ariel Sharon,Solomo segev(aku syak dia ni yahudi jugak,nama dah macam solomon temple je.).Ariel sharon akan koma sampai umur dia mencecah 90 tahun,berat terkini Ariel Sharon adalah 15 kg dan dia akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm dengan segala alatan perubatan dia.Penderitaan yang dialami Ariel Sharon tak mampu membayar segala kekejaman dan kesakitan yang dia dah buat pada palestin!
Macam muka pelawakla.heheh

Dan sekarang Anak dia pulak yang mewarisi segala perangai shaiton bapak dia,iaitu Gilad Sharon,yang mengatakan orang arab semuanya patut dibakar.Kau yang patut dibakar Gilad oi!!Dah kiamat nanti,tak ada satu benda ciptaan Allah yang akan melindungi orang yahudi,kecuali pokok yahudi!!


Ptuihhhh Gilad Sharon dan bapak dia Ariel Sharon.




Bilakah kita akan pergi?cukupkah amalan kita?Apakah cara kita mati?Apa balasan yang kita akan terima?Apa balasan pada ayah kita atas perbuatan kita?Adakah jasad kita akan diterima bumi?Masyallah.Jom sama-sama kita berubah kawan-kawan.Setidaknya secara perlahan.Hidayah tidak datang sendiri,tapi dicari!Ambil iktibar pada apa yang telah jadi di sekeliling kita.takkan dah jadi pada kita baru kita nak beringat kan?

sumber di petik daripada : dya mohamad

0 ringankan tangan untuk menaip: