Lelaki Merajuk? ape perlu kita buat nieh...?????

Saturday, January 14,00:52 | notes

hallu guyz..wah..lelaki merajuk? hehehe..
memang lelaki nampak comel kalau merajuk sebab kita sedia maklum lelaki nie lebih kepada sifat ganas dn keras macam batu..
tapi,dalam hati ade taman wok...
nieh ade tips utk kaum perempuan hadapi lelaki merajuk ^_^



1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.

Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Contohnya dia mendiamkan diri dengan memandu kereta dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.

Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.

p/s : dalam hal nie perempuan terlalu banyak mengalah kan? lelaki kalau merajuk,mahu bersendirian..tapi keadaan wanita pulak selalu ingin perhatian..nk nk kalau gaduh nie...lg lah kita sebagai perempuan cepat gelabah..hmm.... ^_^

0 ringankan tangan untuk menaip: