Owner Blog Dah Nak Kahwin!!!

Friday, January 29,22:27 | notes
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wahh.. Ramainya yg bertanya kenapa dah lama tak updated tuto atau blog.. Bukan tak nak updated.. Rasa macam masa tu terlalu cepat sgt berlalu.. Tup tup dh nak kahwin **Tiada kena mengena kahwin dn updated blog** 

Ok laa, memang eyra dah lama tak updated, elok dari zaman study sampai la zaman nak kerja cari duit poket.. Tapi jgn ingat eyra tak online yaa.. Selalu je stalk blog blog retis, cute mute comel loteh kacak bergaya.. Cuma nk design balik atau dalam bahase minah saleh nak "up to date" tu tak de la..

Kita kembali pada citer asal.. *** tadi cuma pembuka bicara je.. Haha***

In sya allah, jika tiada halangan dan rintangan, lagi dua minggu eyra akan tamatkan zaman bujang ni.. Bukan gatal sgt nak kahwin.. Bukan bukan.. Tapi sebab, dah jodoh, nak buat macam mana.. Ya, aku tahu tu ayat punchline atau puncard or what ever yang dah biasa didengar.

So, preparation yg eyra dah buat setakat ni, semuanya dah selamat utk di prepare la. Haha.. Ekceli dari decoration wedding sampai la ke pelamin, semuanya buat sendiri dan idea sendiri serta dibantu oleh penyokong setia iaitu ayah tercinta, ana & azim serta kak ella (mak andam yg dah faham perangai customer cerewet) .. Lagi? Haa, beg goodies ni special made dan yang pasti belum ada yg buat.. Haha.. Tema yg dipilih ialah hipster. (Memang bajet giler minah ni nak hipster bagai) .. Bkn hipster sgt pun, cuma tak nak ckp direct tema tu takut tak surprise. Wawawa..
Kepada semua pembaca, diharap dpt hadirkan diri ke majlis kami pada 20hb February 2016 bertempat di Malaysiaa..
Doakan semua berjalan lancar, yaa..Doakan lah.. 

P/s : Aku sebenarnya nervouse.. Nk jd isteri org,nk kena ikut suami, nk kne tgglkn fmly then duduk jauh2.. Hrp semuanya dlm keadaan yg baik2.. Bye

Belajar code sistem C++

Thursday, August 21,19:45 | notes
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setelah lama tak mengupdated blog! haha.. seriesly bz dengan kuliah.. mklumlah, dh naik semester 5 ni, makin banyak pulak kerja nak buat..

Kali ni nak bercerita tentang subjek buat sistem.. tak sangka eyra ambil subjek ni.. huhu..
Dalam masa sama, eyra ada juga ambil subjek bina web.. alhamdulillah memang kacang jugak la (agak poyo) sebab dh berpengalaman dalam membina website utk blog ni.. tapi utk buat code sistem C++ tak semudah yang disangka!!


hasil c++ eyra

Mula-mula eyra masuk kelas ni, memang excited.. Maklumlah, ada juga kena buat code-code tu.. tapi makin banyak hari, makin buntu dibuatnya.. baru-baru ni kena buat asignment bina sistem dn eyra pilih tajuk "Sistem perbankan online" untuk transfer duit.. baru belajar basic je dh pening !!

Tajuk eyra pula dh banyak kali di reject kot.. ni eyra buat je ikut kepala dn harap puan setuju! carta alir dan code C++ tu dh siap.. cuma tinggal nk submit.. samaada diterima atau reject? wallahualam.. agaknya macam mana la dgn orang yang buat programmer tu kan?? power giler diorang ni.. if youalls ada website yang buat tutorial c++, bgtahu eyra aw..

p/s : bulan 10 ni eyra dh naik praktikal.. so sibuk nak cari tempat pula.. pape pn, doakan yg terbaik buat eyra..

Selalu Terjadi Macam Nie

Monday, March 3,14:26 | 15 notes




haih...kadang-kadang rasa macam geram je..nak silent,takut pulak ade misscall..bile dah tak silent,tak de pun yang nak call  diorang macam tahu-tahu je kan bile waktu nak save credit...haish 


How To Use Blogskin

Saturday, March 1,20:38 | 4 notes



blogskin?
ramai jugak yg pakai kan..jujur eyra cakap memang cute la siape yg pakai blogskin..kemas,tak de loading page..
tapi sayangnye eyra tak pandai lagi..setakat main kod kat template biase macam eyra boleh la jugak..
eyra cuma pakai template picture window je..wawawa..
sebab tuh tak cantik :(
tutorial kali nie ringkas..mcm mane nak tukar kepada old tempalte... *boleh lah masukkan kod blogskin pilihan kowg nnti.kan?kan?

1. Dashboard > Design > Edit HTML

2. Scroll je ke bawah,nnti nampak perkataan REVERT TO CLASSIC TEMPLATE..klik je ayat tuh k..

3.  Nanti blog kowg street tukar jadi macam nie :



4. Then korang pergi kat web blogskin,carilah skin yg kowg nak.. klik [ SINI ]



5. Cara Nak download,sila scroll sampai jumpa ayat BLOGGER MAIN ..then klik ayat tuh..contoh :




6. Dah download tuh,kowg bukak lah fail yg dah di download tuh pakai wordpad ke...pape je lah..then,copy dan paste kan kat dalam kotak edit html tuh... :


7. Siap !! nie ade lah sebahagian kod yang asas kot kowg nak tukar ke.... :

BACKGROUND
code : body {
kat situ nanti ade url background yg asal, tukar lah code tu utk gantikan url background yg di pilih..

TITLE
code : <title>
sebelah code tu akan ada perktaan yang asal , tukar title yang kowg nak .

HEADER
code : <head>
copy code ni : <center><img src="URL HEADER"></center>
paste atas <head>
*tapi ade jugak blogskin yg tak sesuai letak header... ^_^

Tips Blog Simple,Menarik Dan Ringan

Sunday, February 16,11:20 | 18 notes
kali nie eyra nak share cara-cara untuk membuatkan blog kita nampak menarik tapi simple dan ringan...

Pilih warna background yang lembut dan cantik...
-warna yang lembut macam,soft aqua,pink,purple,blue,"turquoise" (tak tahu eja..haha) ,atau pn hijau...pastikan background tidak serabut ,size gambar background biar kecil dan kemas...digalakkan memakai background warna sahaja sebab blog lebih nampak simple..elakkan memakai warna yang gelap, sesetengah readers,akan nampak blog anda seperti kelam dan suram..

Header.
-memilih header biarlah berdasarkan tema blog anda...perlu di ingatkan untuk membuat header,jangan terlalu serabut dan nampak agak tidak menarik..gunakan sekurang-kurangnya 2 jenis font untuk header supaya dapat menarik perhatian.

Widget
-susun widget supaya tidak crowded..buang widget yang tidak perlu..hiasan seperti gambar flash kalau boleh dikurangkan, satukan code widget anda dalam satu kotak HTML...cth macam widget eyra untuk For Short...ade 3 code eyra gabungkan terus iaitu image,biodata,dan senarai churp-2 serta giveaway.. *supaya blog tk berat.*  Penggunaan widget seperti music, flash dn sebagainya akn menyebabkan blog loading melainkan internet atau wifi pengguna tiada limit... hihik

Ubah.
-maksud disini,ubahlah bentuk blog anda supaya nampak menarik seperti,font pada title dan post,background untuk post title,sidebar title,kotak comment...gunakan satu warna sahaja supaya lebih kemas dan teratur...

P/s: Itu sahaja tips yg dapat eyra kongsikan bersama...moral of the story.. (nak jugaaaa) kita hias blog bukan sahaja untuk pandangan mata kita,tetapi juga mata orang lain...macam blog yang hebat-hebat tu..
*ade lagi pandangan?? jemput comment dan jom kita share kan bersama.

Buat Header Menggunkan Photoscape

Tuesday, February 11,23:21 | 4 notes

hari nie kita belajar tentang buat header comel-2 .. request nie di minta oleh @LeBaby98 di twitter.
untuk create header,cuma guna dua software.. photoscape dan gimp 2... *lihat di tab Download kalau nk software tersebut*

1. Buka software photoscape klik Editor
2. Klik New Photo 
3. Tentukan width dan height .. makesure width tu sama ukuran dgn width header blog



4. Dh selesai,klik Object , then nnti keluar simbol-simbol macam nie : 


5. Untuk buat garisan bawah header, klik pada Box Mode atau Rounded Box Mode (seperti gambar di atas) .. nak ubah colour , tick pada kotak Fill dan pilih warna yang bersesuaian blog masing-masing . boleh create panjang mana korang nak..nnti dia jadi macam nie :


6. Nak masukkan image,klik pada Photo (bahagian Object td) , then korang masukkan pape image...makesure image tersebut dh transparent.... ^_^ kalau tk transparent,kotak yg korang buat td hilang...

7. Untuk masukkan tajuk header , klik pada Text .. Untuk pemilihan colour text,mest yang bersesuaian dgn header .. Nak dapatkan font yang cute , korang boleh pergi pada Download ..

8. Dh siap hias semua,nnti jd mcm eyra punya... cth :


Comel je tajuk header..kemudian save...tp belom siap lg..sekarang kita nk transparent menggunakan Gimp 2.. klik   [SINI ] untuk tutorial


Tutorial : Cantikkan Chat Box

Tuesday, February 4,21:51 | notes
Atas permintaan readers , hari nie eyra nak kongsi mcm mna nk cantikkan kotak chatbox,dan tukar fon pada cbox.. .. sebelum tuh,daftar lah kat : CBOX nie.. eyra gunakan CBOX sebab lagi cute and cantik.
1. siapa yg dh ada CBOX , boleh lah login macam biasa..kalau sesiapa yang belum ada,korang kenalah sign up dulu..

2. Bila dh klik sign up,automatik akan keluar macam gambar bawah nie.. korang fill je semua kotak tuh..nampak tk kotak STYLE ? korang klik,dn pilih TRANSPARENT


3. Dh ada CBOX sendiri..hehe.. kemudian, klik pada LOOK AND FEEL . tenguk gambar di bawah untuk maklumat lanjut :
4. Eyra akan terangkan satu persatu function dia.
  • Layout Options :
    Boleh adjustkan width dan height mengikut citarasa korang..dah edit,jangan lupa klik SAVE
  • Style Present :
    Nanti akan keluar macam-macam jenis style.. tapi makesure ambil style yang bertajuk TRANSPARENT dan klik Confirm
  • Colours and Fonts :Kat sini boleh edit warna Font , warna Border , dan macam-macam lagi lah.  Korang scroll ke bawah , nanti ada nampak Fonts kan ? kat situ korang boleh letak jenis fon yang korang nak.. contohnya "Century Gothic" . dah edit , klik APPLY .. 
  • Edit CSS :
    Tu tak payahlah usik..hehe.. eyra pun malas nk tahu apa funtion dia :D
5. Kalau nk copy code dia , korang klik balik kat Style Present , copy paste code macam biasa :)
Letak Smiley pada Cbox :
1. Korang klik Options ( lihat gambar bawah untuk maklumat lanjut ) . Kemudian klik SMILIES


2. Nanti automatik akan keluar senarai smile .. kalau nk tukar , boleh la copy URL image smile, dan pastekan dalam kotak-kotak tuh..dh sudah ubahsuai,klik APPLY. kalau nak URL  icon yg cute cute , boleh la klik [ SINI ]

Letak SCM music player

Thursday, January 30,14:33 | notes
untuk letak lagu sebagai background blogger :
1. Klik dulu sini ---->  HERE
2. Ikot step .. mula-mula choose skin :




3. Dah suda,klik Edit playlist dan masukkan link yg kowg copy . contoh :



copy kan kat nombo 3 tu , kemudian klik Configure settings



4. Untuk configure setting,ubah la setting ikut citarasa then klik Done :



5. Nanti dia keluar Kod .. copy kod tu... kemudian pergi Dashboard > Design > Add Gadjet > Add HTML dan paste kod tadi .. ^_^
-tamat suda-



Istanbul Aku Datang !

Tuesday, December 11,16:10 | 7 notes
Assalamualaikum..

Siapa dah layan cerita istanbul aku datang ? cerita yang sangat best ! banyak pengajaran...  


Filem ini mengisahkan seorang gadis yang periang dan manja bernama Dian yang pergi ke Istanbul dan merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya iaitu Azad. Masalah yang perlu dihadapinya ialah Azad sedang mengikuti kursus perubatan di sana dan dia perlu menunggu 6 tahun iaitu tempoh Azad habis belajar. Namun, ketibaan Dian tidak disambut gembira oleh Azad dengan alasan Dian menganggunya fokus dalam pelajaran.

Masa mula-mula part cerita tuu... memang sangat sweet ! TAPI , masa babak Azad (tomok) suruh Dian (lisa) cari rumah sewa , aku dh rasa Azad ada perempuan lain sebab cara layanan yang dia bagi kat Dian... 


Part paling menyedihkan ialah masa Dian dapat tahu Azad ada perempuan lain..and at the same times , eyra terus teringat kisah babak percintaan tragis eyra .. yeah , situasi hampir sama , kenal dari zaman sekolah , berjauhan sebab kejar cita-cita... cuma ending yang lain..haha ! Tapi tak sangka kan akhirnya Dian kahwin dengan Harris (beto) .. housemate dia sendiri..

Moral dari story tu banyak..antaranya :

- Perhubungan yang lama , tak semestinya kekal ! ada jodoh , ada la :/

- Kalau bf buat hal , then masa tuh ada someone yang lebih menghargai , pandai-2 pilih..sama ada kesakitan atau kebahagiaan ..

- Jangan percaya lelaki walau dh kenal lama..wahaaha ! *depends pd pihak lelaki tu juga*

- Dan yang ke-4 .. err..tk dapat fikir..haha..

Best gila layan movie tuh and now , movie tuh dh ada dalam you tube ! KLIK KLIK .. so ,apa lagi,download je laa... !

p/s : ada yg bg kritikan sebab unsur-2 yang tak menyenangkan... 

Cara Lain Dapatkan code MP3 Selain Iron Dj

,15:52 | 6 notes
Assalamualaikum

Di sebabkan Iron Dj mempunyai sedikit masalah , so eyra nak senaraikan cara lain untuk mendapatkan code mp3 .. Hasil daripada code yang eyra dapat dari MP3 Skull , kebanyakan url datang dari side ini :
MP3 hits

Cara untuk mendapatkan mp3 pun sangat senang , korang klik pada tajuk-tajuk lagu yang ada , automatik keluar macam gambar bawah nie :


Copy URL tu macam biasa dan kalau nk masuk kan dalam cute MP3 , rujuk tuto  [ SINI
* Sila Skip tutorial yang berkaitan Iron DJ... *

Kekurangannya ialah tak banyak lagu yang kita dapat..so , korang klik jela mana-2 link yang ada k ?


Cara yang ke-II .. 

melalui link Kiwi6

Memandangkan ada lagu yg kita nak tiada dalam list , eyra daftar akaun Kiwi6 .. klik [ SINI ] untuk register .. korang juga boleh sign up melalui Facebook atau Twitter ..

Macam biasa , upload je file korang bila dah register .. part nie eyra nak ajar , memang ambil masa sikit sebab maklum la...berukband dh tk laju nk upload gmbar banyak-2..haha... lagipun senang je nk upload... so , korang klik je perkataan UPLOAD k ? nak tahu mana bahagian upload tuh , rujuk gambar :


Dah klik upload , terus klik browse , choose file music , klik start upload 

Bila dh selesai upload , then pergi kat lagu yang di upload tadi , scroll ke bawah sikit , nampak perkataan Direct Hotlink ? COPY je direct link tuh ok?? contoh gambar :


Dah copy ? rujuk tuto [ SINI ] ... hanya ikut step pertama sahaja , step ke-2 yg berkaitan Iron Dj tak perlu ikut sebab kita dh copy URL dari website lain.. Bahagian MP3 , korang just paste je code yang kita copy tadi..hehee.

Faham ? tk faham tanya k?? btw,good luck u allss.. 

GA : GIVEAWAY : Love Collection by Jaja Sutera

Tuesday, December 4,14:37 | 4 notes
Assalamualaikum


GIVEAWAY lagi ! series hadiah pun gempak... sesiapa yg suka barangan silver dan platinum , jom joint GA nie.. antara hadiah yang dipertaruhkan ialah :

Seutas rantai leher bernilai RM 60.00 + REVIEW Blog (Sponsor by Faizal Raffali) .
Seutas gelang tangan bernilai RM 40.00 .
Sepasang subang bernilai RM 35.00 .
Sepasang subang bernilai RM 28.00 .

Best kan hadiah dia? syarat yg di kenekan pun sangat mudah.. nak joint ? klik la banner di atas !

Rakan seperjuangan :

Tralala
Cik Lyean
Kak Fiefy

GA : Ira's Speechless Giveaway

Sunday, December 2,21:42 | 10 notes
Assalamualaikum
klik klik
Here,ada lagi giveaway untuk bloggers.dan masih baru di lansungkan..jom kita joint sebab hadiah dia pun gilaa masyuukk... antara hadiah-hadiah oleh sponser kepada pemenang ialah :
- tudung bawal pelangi x2
- tudung bawal, shawl , purse
- jubah dress
- long dress
- nametag felt x2
- cute headband
- header x3
- bloglist kekal x5
- mustache necklace x5

Korang nak ? klik je banner kat nun atas tuh..TAPI ! korang mesti kena cukup syarat ! antara syarat yg dikenakan.. antara syarat yg depa semua letak ialah :


 Terbuka kepada semua blogger.
 Follow blog Simple Typo Girl & Like fanpage BlogKamiDotCom
 Buat satu entry yang bertajuk Ira's Speechless Giveaway
 Masukkan banner yang disediakan di atas dan backlink ke blog ini
 Wajib follow dan like semua sponsor yang terlibat. 
 Letak link entry anda di comment box. Url macam ni
     http:babyblueheartpink.blogspot.com akan ditendang


p/s: Jom sama-sama kita jayakan giveaway ini! majulah untuk negara !!

GA : Cik Lyeen's Giveaway

Friday, November 30,16:01 | 66 notes
GIVEAWAY ! seriesly menarik..siapa nk tudung free ?? tudung pun semua cute-2... memang rugi lah siapa tk joint , mana tahu rezeki korang kat situ..ye tk ? hehehe..

 lagi ? klik [ SINI ]


Kategori :
 2 Peserta bertuah
 2 Top Referral
 2 Entry tag paling banyak
 2 Entry paling banyak komen
 2 Entry hebat, comel, bergaya macam cupcakes! 


P/s : ada satu fb yg eyra tk dpt nk add...button subscribe pun tk ada..mungkin sponser hide utk mutual friends kot.fuhhh....tk tahu la comel ke tak? hahaha ! *perasan kau eira!*  usaha tangga kejayaan ! cuba bg pendapat ?
RAKAN TAG SAYA :